Dunia Sukan logo
  • UTAMA
  • SUKAN
    • BOLASEPAK
    • BADMINTON
    • PERMOTORAN
    • TEMPUR
    • OLAHRAGA
    • KRIKET
    • EKSTREM
    • HOKI
    • E-GAMES
    • ONE
    • LAIN-LAIN
  • e-MAJALAH
  • VIDEO
    • OLE
    • WATCH OUT
    • GG DOH
    • DS TROOPERS
    • MINIDOCU
    • BEHIND THE SCENE
    • LAIN-LAIN
  • EKSTRA
    • KESIHATAN
    • FESYEN
    • KEMBARA
    • BIZSPORT
  • UEFA EURO 2020
  • HUBUNGI
  • UTAMA
  • SUKAN
    • BOLASEPAK
    • BADMINTON
    • PERMOTORAN
    • TEMPUR
    • OLAHRAGA
    • KRIKET
    • EKSTREM
    • HOKI
    • E-GAMES
    • ONE
    • LAIN-LAIN
  • e-MAJALAH
  • VIDEO
    • OLE
    • WATCH OUT
    • GG DOH
    • DS TROOPERS
    • MINIDOCU
    • BEHIND THE SCENE
    • LAIN-LAIN
  • EKSTRA
    • KESIHATAN
    • FESYEN
    • KEMBARA
    • BIZSPORT
  • UEFA EURO 2020
  • HUBUNGI
Dunia Sukan logo
 logo

Connect with:

Facebook Google Twitter LinkedIn
logo


Lost your password?

Klopp Melenting Isu Taktikal Dalam Sidang Media

admin4th March 2019
Bolasepak0 Comments 0

Biarpun kehilangan takhta liga kepada Manchester City sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp optimis anak buahnya mampu menyerap tekanan dalam saingan yang mendebarkan dalam memburu gelaran juara liga pada musim ini.

Perlawanan semalam yang menyaksikan mereka seri tanpa jaringan dengan jiran setempat, Everton itu sekaligus merekodkan keputusan seri yang keempat dalam enam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris.

Dalam satu sidang media selepas perlawanan, Jurgen Klopp kelihatan ‘berbalah’ dengan seorang wartawan yang mempersoalkan tentang taktikal dan pertukaran pemain hingga menyebabkan Liverpool seri tanpa jaringan.

Klopp menggantikan penyerang Sadio Mane dengan pemain tengah Adam Lallana pada minit ke-84 dan ianya menimbulkan pertikaian apabila pengurus itu dikatakan kurang mengambil risiko dalam perlawanan.

“Saya benar-benar kecewa dengan soalan anda. Ini bola sepak, kami tidak bermain Playstation,” kata beliau.

 “Anda fikir kami tidak mengambil cukup risiko hari ini? Adakah akan ada keputusan seri jika kami tidak cuba untuk menang? Bawa masuk penyerang tambahan dan suasana bola sepak berubah? Ia tidak seperti itu.

“Kami cukup ofensif, bola sepak tidak seperti itu. Ada baki sembilan perlawanan dan kami tidak gentar, jelas sekali tidak seperti kamu.”

Selepas itu, wartawan yang sama juga turut memberitahu beliau patut menurunkan seorang lagi penyerang namun Klopp melenting dan menegaskan ia bukan masa sesuai untuk mengambil pendekatan seperti kesatria.

“Anda tidak boleh memulakan perlawanan dengan empat atau lima penyerang dengan tiada apa yang perlu dilakukan selain cuba menjaringkan gol,” kata Klopp.

“Anda tidak boleh bermain dalam Liga Perdana seperti itu. Kami akan menentang Burnley minggu depan dan jika kami bermain secara ofensif, mereka akan membunuh kami menerusi serangan balas, 100 peratus.”

 Sebagai rekod, The Reds kini ketinggalan satu mata berbanding pendahulu Manchester City dengan baki sembilan perlawanan.

 Foto: Liverpool FC

SHARE ON
Previous ArticleSJCYFL eratkan hubungan kekeluargaan melalui sukan
Next ArticleJuventus hampiri kejuaraan Serie A
admin

Related Posts

  • Hatrik Casagrande Terus Kukuhkan Kedudukan Felcra FC

    Admin DuniaSukan22nd May 2018
  • SOLARI PIMPIN REAL MADRID HINGGA 2021

    admin14th November 2018
  • FIFA THE BEST AWARDS: SIAPA UNDI SIAPA

    Admin DuniaSukan24th September 2019
  • City Ratah Chelsea di Laman Sendiri, Rampas Kembali Takhta Liga

    admin11th February 2019
  • ANAK JOSE ANTONIO REYES IKUTI JEJAK BAPA, JARINGKAN 4 GOL DI FINAL LA LIGA PROMISES

    Admin DuniaSukan30th December 2019
  • BATU DUA NAFI DAKWAAN LJUBA

    Admin DuniaSukan21st June 2019

Leave a Reply Cancel Reply

Your email address will not be published.

Post Terkini

The Nike React Infinity Run 2 and the Nike ZoomX Invincible Run: Keeping You Strong and Carrying On

11th January 2021

ATLET SUKMA TERBAIK 2004 INI MUNCUL JUARA DUNIA TAHUN LALU, DAN CINDY ONG BUKTIKAN KEBERKESANAN RENANG SEBAGAI SENAMAN EFEKTIF UNTUK KAUM IBU

31st December 2020

5 SEBAB KENAPA MEREKA YANG AKTIF DENGAN AKTIVITI KECERGASAN PERLU GUNAKAN HUAWEI WATCH GT 2 PRO

9th December 2020

PUMA Pays Homage to Lewis Hamilton’s 7th World Cup Champion Title

25th November 2020

HONOR GS PRO – JAM TANGAN PINTAR IDAMAN BUAT KAKI LASAK

16th November 2020

Post Popular

PERADUAN DUNIA SUKAN X NIKE JUST DO IT PACK

157 Comments

MENANGI JERSI HARIMAU MALAYA SEMPENA FINAL PIALA AFF 2018

125 Comments

Kemana hilangnya pemain JDT

77 Comments

Thailand bertaraf dunia

58 Comments

MENANGI TIKET PERLAWANAN ICC ARSENAL-PSG DI SINGAPURA PADA 28 JULAI

47 Comments

Arkib

Kategori

  • Badminton
  • Bizsport
  • Bolasepak
  • E-Games
  • Eksklusif
  • Ekstrem
  • Fesyen
  • Futsal
  • Hoki
  • Kembara
  • Kesihatan
  • Kriket
  • Lain Lain
  • Larian
  • Netball
  • Olahraga
  • One
  • peraduan
  • Permotoran
  • Ragbi
  • Tempur
  • Tenis
  • Terjun
  • Uncategorised
  • UTAMA
  • SUKAN
  • e-MAJALAH
  • VIDEO
  • STORE
  • EKSTRA
  • PERADUAN
  • HUBUNGI
 logo
COPYRIGHT 2010-2017 DUNIASUKAN.COM
Terma - Polisi Privasi
Powered by Red Panda Group