Connect with:




Pengurus kelab Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan beliau meyakinkan para pemain untuk menyertai kelab Liverpool dengan cara yang paling mudah iaitu ‘Bola Sepak’.

Penambahan pemain pada jendela perpindahan musim panas yang mengejutkan iaitu Naby Keita, Xherdan Shaqiri, Fabinho dan Alisson memberi gambaran positif bahawa The Reds bakal mencabar Manchester City untuk merebut gelaran pada musim ini.

Dia turut memberitahu kelabnya itu sudah kembali menjadi antara kelab terbaik di Eropah dan sememangnya bangga dengan pencapaian yang dimiliki.

“Kami menjadi perhatian semua pemain seluruh dunia. Mereka menonton kami pada musim lalu, mereka menonton kami pada musim sebelumnya dan melihat apa yang kami lakukan.

“Apabila mereka menonton kami, ianya menjadi lebih mudah untuk menyakinkan mereka.

“Selain itu, kami menyakinkan mereka bahawa mereka boleh berjumpa Permaisuri England sekiranya mereka menandatangani kontrak bersama kami,” guraunya.

“Kami hanya berbual tentang bola sepak. Itu sudah cukup. Apabila mereka minat untuk mendengar, itu memberi petanda yang baik untuk kami,”katanya.

Foto Kredit: Liverpool(dot)com