“Sebaik sahaja Kuala Lumpur tumpas 2-3 kepada Selangor di laman sendiri, KLFA menerima lima permohonan daripada jurulatih dalam dan luar negara. Dua daripada­nya jurulatih tempatan. Benar, kami telah mengadakan run­dingan bersama Fabio dan kini sedang menunggu persetujuan berkenaan gaji,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, KLFA tidak akan berbelanja besar bagi mendapatkan jurulatih baharu atas faktor kewangan.

Sebagai rekod, Maciel pernah membimbing The City Boys pada 2017 dan berjaya membantu menjuarai Liga Perdana sebelum dia direhatkan KLFA, September lalu.

Sementara itu, Yusri menegaskan perletakan jawatannya atas dasar kemahuan sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Terima kasih kepada KLFA. Pemain telah berusaha, tetapi, kemenangan masih bukan milik kami. Keputusan ini diambil bukan disebabkan desakan penyokong tetapi keprihatinan saya kepada majikan,” katanya.