Grab – penyedia perkhidmatan tempahan kereta hari ini telah mengumumkan penajaan mereka selaku penaja emas Sukan SEA 2017 dengan anggaran penajaan sebanyak lebih RM6 juta merangkumi wang tunai, barangan dan perkidmatan serta sokongan promosi melalui platform digital dan saluran dalaman syarikat tersebut seperti sosial media.

Syarikat tersebut akan turut membawa gelaran “Official Ride-Hailing Partner” bagi temasya dwitahunan itu.

Majlis pengenalan penajaan tersebut telah diadakan pada pagi Selasa bertempat di ibu pejabat Grab dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai eksekutif Kumpulan Grab, Encik Anthony Tan.

Khairy menzahirkan penghargaannya atas penyertaan Grab sebagai penaja dengan berkata, “Saya berbangga dengan Grab yang mengambil langkah berani untuk tampil sebagai penajaja KL2017 dan rebut peluang kukuhkan jenama mereka di Asia Tenggara”.

“Grab hanya mula beroperasi 5 tahun yang lalu namun hari ini mereka antara aplikasi wajib yang perlu ada dalam telefon pintar kita. Kita ada banyak venue sepanjang Sukan SEA nanti dan pastinya dengan adanya Grab, ia membantu perjalanan setiap pengunjung, atlet, pegawai dan sukarelawan terutamanya di venue Mitec di Jalan Duta yang agak sukar untuk diakses menerusi pengangkutan awam” tambah Khairy.

Sebagai penaja, Grab akan menyediakan beberapa inisaitf untuk memberikan inisiatif untuk emmebrikan pengalaman perjalanan terbaik sepanjang KL2017. Eksklusif bagi pelanggan Grab, warga emas dan penonton dengan pergerakan yang terhad, Grab akan menyediakan perkihdmatan Buggy Grab daripada tempat keselamatan ke pintu stadium.

Selain itu, Grab juga akan membantu pemasaran KL2017 terutamanya di kawasan lapangan terbang dengan membantu promosi sukan ini di KLIA, KLIA2 dan Subang Skypark Terminal. Pelancong KL2017 dari negara ASEAN yang tiba di lapangan terbang juga dapat menikmati tawaran istimewa menggunakan kod promosi Grab.

Tambahan lagi, Grab turut menyediakan aplikasi Virtual KL2017 Point Of Interes (tempat menarik KL2017) di setiap lokasi pertandingan bagi membantu melancatkan perjalanan orang ramai.