Connect with:




Era kini terdapat banyak akademi bola sepak sekitar Lembah Klang yang didaftarkan namun tidak semua yang menyediakan kelengkapan yang lengkap seperti fasiliti dan kemudahan yang bertaraf antarabangsa seperti padang bola sintetik,gelanggang futsal, hostel, kafeteria, bilik persalinan dan parking yang selesa.

Bagaimanapun di Akademi Bola Sepak KL Raisuri yang berpangkalan di KLFA Football Centre Taman Malawati, ibu bapa boleh menikmati semua kemudahan itu sekaligus memberikan keselesaan untuk mereka menghabiskan masa bersama anak-anak pada hujung minggu.

Menurut Pengarah Urusan Akademi KL Raisuri, Mustaffa Kamar Mazlan, KL Raisuri bukan sahaja menyediakan prasana yang terbaik, malahan mereka juga menyediakan barisan kejurulatihan yang mantap.

“Ketika ini kami mempunyai 7 jurulatih yang berpengalaman luas dalam bola sepak tempatan termasuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) untuk membantu perkembangan bola sepak kanak-kanak yang mendaftar. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang secara suka rela turun padang membantu para jurulatih ini setiap minggu bagi memastikan kelancaran program.

“Setakat ini kami mempunyai seramai 180 orang ahli yang berada pada lingkungan umur 4 tahun hingga 16 tahun yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan alhamdulillah dengan sokongan semua pihak kami dapat menjayakan program ini sejak Januari tahun ini tanpa sebarang masalah,” ujar Mustaffa.

Salah seorang bapa yang menghantar anaknya ke akademi ini ialah pelawak terkenal,  Mohd. Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan.

“Saya memilih akademi ini memandangkan ia mempunyai prasarana yang lengkap untuk anak-anak saya beriadah pada hujung minggu. Anak-anak saya juga excited setiap minggu untuk turun ke padang memandangkan modul yang diterapkan oleh jurulatih sangat menarik,”


Baca artikel penuh mengenai Akademi KL Raisuri di e-majalah Dunia Sukan edisi 68 secara percuma. Muat turun e-majalah Dunia Sukan di laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan (Klik sini untuk Google Play & klik sini untuk App Store).