Kuala Lumpur Hunters (KL Hunters) ternyata mempunyai kelas tersendiri apabila berjaya menundukkan pesaingnya Eternity Esports pada pusingan akhir The Legend Circuits hari ini.

Seramai 5,000 orang menyaksikan perlawanan akhir League Of Legend (LOL) anjuran Selangor Cyber Games itu di Paradigm Mall Petaling Jaya

KL Hunters bukan sahaja muncul johan kejohanan tersebut malah mereka turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000.

Manakala pasukan Eternity Esports (Naib johan) membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 dan Nirvana Gaming pula membawa pulang wang tunai sebanyak  RM12,500.

Pasukan KL Hunters juga bakal berentap semula dengan pasukan Eternity Esports dalam Liga Perdana Garena (GPL) yang akan dianjurkan di Bangkok, Thailand dari 25 hingga 27 Ogos.