Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyeru kepada semua pemain dalam pasukan badminton negara agar meraih tiket secara merit beraksi dalm Piala Thomas, Mei ini.

 

Norza mengakui bahawa peluang Malaysia untuk ke Piala Thomas adalah sukar kerana perlu bersaing dengan negara yang semakin meningkat prestasi dalam sukan badminton, namun ia tampak semakin sukar kerana ia memrlukan empat pasukan terbaik untuk layak.

 

Malaysia kini menghuni tempat ketujuh dalam ranking dunia di hadapan Indonesia, India serta Hong Kong dan perlu menamatkan Kejohanan Berpasukan Asia di kedudukan empat terbaik bagi mendapatkan slot automatik ke pusingan akhir  Piala Thomas.

 

Sekiranya gagal ke separuh akhir dan tiga pasukan di bawahnya berjaya ke saingan empat terbaik, Malaysia buat kali pertama dalam sejarah penglibatannya, gagal ke kejohanan Piala Thomas.

 

Beliau juga optimis dengan kemampuan pemain muda negara, Lee Zii Jia untuk menyumbang mata buat pasukan negara dalam perlawanan kelayakan tersebut.

 

Norza juga berharap agar beregu pasukan negara menunjukkan permainan yang positif falam setiap permainan kerana dia percaya akan pemain-pemain negara yang mempunyai kemahiran yang bertaraf dunia untuk mengatasi lawan.

 

Foto: Stadium Malaysia