Connect with:




Ramai atlet yang mempunyai cerita menarik disebalik kejayaan mereka di mana-mana kejohanan yang disertai. Apa yang paling mencuri perhatian adalah cerita seorang perenang, Yusra Mardini yang memberi inspirasi buat kita semua.

Pemilik nama ini merupakan seorang pelarian dari Syria. Sukar untuk kita percaya bahawa remaja ini pernah berenang selama tiga jam dan hampir lemas setahun sebelum kejohanan tersebut melarikan diri di Syria.

Kisah yang luar biasa dari atlet muda ini bakal diadapatasi ke sebuah filem Hollywood dimana beliau berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan menyangkal perspektif negatif terhadap pelarian.

“Ia merupakan acara sukan terbesar di dunia. Ia sememangnya gila namun amat mengagumkan,” kata Mardini memberitahu Yayasan Thomson Reuters di Berlin.

Apabila perenang berusia 20 tahun itu ditawarkan peluang unjuk menjadi sebahagian daripada pasukan pelarian pertama yang akan bersaing di Sukan Olimpik, Mardini tergamam dan hampir berkata tidak mahu namun dia ingin membuktikan tanggapan orang ramai mengenai pelarian adalah salah.

Pengalaman bersaing dibawah bendera Olimpik bersama sembilan pelarian yang lain dapat mengubah prespektif orang lain sekaligus memberi impak positif yang baru terhadap statusnya itu.

“Pelarian – Anda hanya berasa malu apabila anda mendengar perkataan ini,” kata Mardini.

“Kemudian ketika saya pergi (ke Rio) saya mempunyai pandangan yang berbeza. Saya kini bangga menjadi pelarian. ”

Sejak itu Mardini, orang termuda yang dilantik sebagai duta muhibah bagi Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan telah berucap pada sidang kemuncak global serta melawat kem pelarian di Itali.

Penat lelah berenang lebih tiga jam

Kini, Mardini tinggal bersama keluarganya di Jerman. Dia menyertai acara renang gaya bebas 100 meter dan rama-rama 100 meter di Rio sewaktu berusia 18 tahun. Sasarannya adalah ingin merebut pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dia berlatih selama 30 jam seminggu di pusat akuatik dan gym. Dalam pada itu, dia menceritakan kehidupannya sekarang jauh beza dengan hidupnya yang penuh dengan ketakutan di Syria dahulu.

Masaka tidak, semasa berlatih di sana, tiada jalan untuk keluar dari pengeboman.

“Kadang-kadang saya sedang berenang dan bom datang kea rah kolan, saya terpaksa berlari keluar mencari tempat untuk bersembunyi. Ia berlaku bukan sekali bahkan lebih dari tiga kali. Ianya amat mengerikan,”katanya.

Mardini terpaksa melupakan impiannya untuk menjadi seorang atlet profesional ketika peperangan kemuncak yang berlaku di Syria pada 2011.

Namun, dengan minatnya dari usia muda dan usahanya yang tinggi, akhirnya dia meninggalkan rumahnya di ibu kota Damsyik pada tahun 2015 terus menuju ke Turiki bersama kakaknya, Sara.

Pernah belaku kejadian yang tidak boleh dilupakan, pada suatu petang mereka menaiki sebuah bot bersama-sama 20 orang pelarian yang lain- tiga kali lebih ramai daripada apa yang dirancang untuk dibawa. Apa yang lebih menggusarkan, ketika bot itu sudah sesak menuju ke arah Greece, ia mula tenggelam. Mereka tiada pilihan lain dengan melompat ke dalam laut bersama dua pelarian yang lain seterusnya menyerat kapal kecil itu selama lebih dari tiga jam ke pulau Lesbos Yunani.

“Saya cuba menjadi positif dan saya berdoa dengan semua orang. Ia sangat sukar, “kata Mardini.

“Saya dan kakak saya fikir perkara yang sama: kita adalah perenang dan ianya akan menjadi malu jika kita mati di sana.”

Sesudah sampai ke Grece, Mardini dan kakaknya pergi ke Eropah Tengah sebelum tiba di Berlin pada tahun 2015 serta menyertai lebih daripada satu juta pelarian yang menuju ke Eropah kerana melarikan diri dari konflik dan pergolakan politik.

Kenangan menyusuri lautan itu akan sentiasa terpahat di ingatannya.

“Kami seperti membawa beg besar dengan batu dibelakang kami. Namun, saya tidak akan melupakan mereka kerana tanpa mereka, saya tidak akan berada di kedudukan sekarang,” katanya.

Sementara itu, Mardini berharap, kisah hidupnya yang bertajuk ‘Butterfly‘ bakal disiarkan pada Mei depan dan mampu memberi inispirasi kepada orang lain untuk berjaya.

 Foto: IOC Newsroom