Connect with:




Tahukah anda, sebuah syarikat filem mengumumkan rancangan mereka untuk menghasilkan filem tentang operasi menyelamat 12 remaja lelaki dan pembantu jurulatih pasukan bola sepak yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, Thailand.

Rakan kongsi Produksi Pure Flix, Michael Scott yang berada di lokasi kejadian sangat kagum dengan keberanian hero kecil bersama jurulatihnya sehingga dia berhasrat untuk mengabadikan apa yang dilihatnya sendiri sebagai sebuah filem.

“Perjuangan mereka berada dalam gua ini hingga mereka berjaya dikeluarkan sangant menyentuh hati saya.

“Saya sendiri berpeluang melihat di depan mata dan ia menjadi sesuatu yang amat peribadi kepada saya,” katanya dalam video yang dirakamkan di dalam gua, iaitu lokasi kejadian di Thailand.

Dalam pada itu, pengasas bersama pure Flix, David A.R White memberitahu bahawa mereka sudah mengadakan perbincangan bersama The Wall Street Journal tentang pelakon dan penulis serta pelabur yang berminat untuk bersama-sama menerbitkan filem tersebut.

“Kami berharap filem ini mampu memberi kesan dan inspirasi yang mendalam kepada mereka di seluruh dunia,”tambahnya.