Ini berita mengenai sukan larian maraton. Dua berita berbeza lokasinya, berbeza rekodnya dan berbeza pelarinya. Namun kedua-duanya berkongsi perasaan yang sama iaitu gembira selepas dapat memecahkan rekod.
Bagi dunia maraton, rekod larian 42km diraikan pemegang baharu iaitu Eliud Kipchoge yang berjaya memadamkan catatan lama milik rakan senegaranya, Dennis Kimetto. Kipchoge mencipta rekod dunia baharu di Maraton Berlin semalam dengan catatan 2 jam 1 minit 39 saat β seminit 20 saat lebih pantas dari catatan Kimetto.

Foto Kredit: ABC
Rekod tersebut bagaimanapun masih dalam proses pengesahan sebelum disahkan sebagai rekod dunia oleh Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IIAF).
Sementara itu di Sydney pula, pelari kelahiran Terengganu, Edan Syah mencipta rekod dunia yang tersendiri. Edan berlari dalam kostum bendera kebangsaan untuk acara Sydney Running Festival.
Congratulations to our four new record-holders from @officialbsrf! Pictured are Mohd Syahidan Bin Alias, Fastest marathon dressed as a national flag (2:54:34) and Josh Hall, Fastest marathon dressed as a French maid (3:10:42)π π pic.twitter.com/KXxngheE4B
— GuinnessWorldRecords (@GWR) September 16, 2018
Edan atau nama penuhnya Mohd Syahidan Alias mencatatkan masa 2 jam 54 minit 34 saat sekaligus memadam rekod lama 3 jam 45 minit.
Edan menerusi laman instagramnya mendedikasikan kejayaan tersebut bersempena sambutan Hari Malaysia yang disambut semalam.
Tahniah buat Kipchoge dan Edan Syah.