Connect with:




Menurut laporan media bola sepak Eropah, Liverpool sedia menanggung kerugian selepas kegagalan Naby Kieta untuk menyerlah bersama kelab itu.

Selepas menunggu selama 12 bulan sebelum ini, Jurgen Klopp berjaya mendapatkan pemain RB Leipzig itu pada harga £52 juta (RM279j) pada tahun lalu.

Bagaimanapun pemain tengah itu bergelut dan gagal memberi impak yang diharapkan oleh kelab Anfield itu.

Keita, 24, gagal menjaringkan gol dalam 27 perlawanan bersama Liverpool musim ini. Malah beberapa pemain lain seperti James Milner, Fabinho dan Giorginio Wijnaldum dilihat lebih banyak mendapatkan gol membuatkan Klopp berfikir untuk melepaskannya pada musim panas ini.

Dalam masa yang sama, dua gergasi Bundesliga, Bayern Munich dan Borussia Dortmund sedia untuk menawarkan tempat kepada pemain antarabangsa Guinea itu untuk kembali ke Jerman selepas membina reputasi sebagai salah seorang pemain tengah yang menarik untuk ditonton di Eropah.

Liverpool pula bersedia untuk menanggung kerugian sebanyak £10j (RM54j) terhadap Keita dengan kedua-dua kelab Jerman terbabit sudahpun berbincang dengan wakil pemain terbabit untuk membawanya kembali ke Bundesliga.

Sementara itu, gergasi Itali, Juventus sedia menawarkan Paulo Dybala sebagai sebahagian daripada tawaran menarik sebanyak £175j (RM940j) untuk mendapatkan Mohamed Salah.

Juara Itali itu sedia untuk melepaskan pemain Argentina itu menerusi rundingan dengan Liverpool.

Juventus kini sudah mendapatkan Aaron Ramsey dan sedia menyerbu Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk membawa pemain antarabangsa Mesir itu kembali ke Itali.

Salah sebelum ini pernah beraksi selama dua musim dalam Serie A bersama Roma dan menjaringkan 29 gol sebelum berhijrah ke Liverpool pada 2017.

Foto : Liverpool FC