Connect with:




Sebut sahaja nama Agilan Thani, sudah pasti ramai mengenali statusnya sebagai bintang MMA nombor satu Malaysia ketika ini. Agilan pernah bertarung merebut tali pinggang welterweight dunia dalam ONE CHAMPIONSHIP yang menyaksikannya tewas kepada Ben Askren dari Amerika. Beliau juga pernah menentang juara dunia semasa, Zebastian Kadestam. Menentang dua juara dunia memberikan pengalaman yang cukup berguna kepada anak kelahiran Sentul ini.

Namun begitu, kehebatan Agilan bukan sahaja bersandarkan kepada kekuatan dalam teknik grappling dan pengalaman semata-mata. Agilan seorang yang cukup bersedia bila turun dalam gelanggang termasuk menggunakan khidmat kiropratik untuk memastikan tubuh badannya selaku senjata utama dalam pertarungan mampu menangani tekanan di dalam gelanggang.

TAGS PILIHAN AGILAN

TAGS Spine & Joint Specialist merupakan pusat pakar Kiropraktor yang cukup terkenal di Malaysia. Ia juga merupakan pilihan buat Agilan. Bagi Agilan, selaku atlet MMA, kecederaan pasti akan diterima sama ada ringan atau serius. Maka beliau harus bersedia sebelum dan selepas pertarungan bagi mengurangkan kadar kecederaan yang akan dialami.

“Awal tahun ini, saya mengalami sakit belakang yang agak serius akibat dari latihan yang sangat tinggi intensitinya. Ia mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh namun saya memahaminya. Terima kasih kepada TAGS yang membantu memulihkan kecederaan tersebut. Jika tidak, saya yakin kecederaan tersebut akan lebih berpanjangan” jelas Agilan.

Mengulas mengenai khidmat kiropraktor yang diterimanya ketika proses rehabilitasi, Agilan memberitahu beliau melalui proses rehabilitasi bersepadu yang merangkumi tiga komponen utama.

“Komponen pertama adalah Physiotheraphy Exercise yang akan memberi kekuatan di bahagian abdomen. Komponen kedua pula decompression traction therapy yang akan memelihara tulang belakang sementara Chiropractic Adjustment iaitu komponen ketiga pula membantu dalam memastikan sendi dan tulang saya kekal sihat.

KELEBIHAN KIROPRAKTIK

Ramai yang kurang memahami betapa besar peranan rawatan kiropraktik dalam kehidupan seharian. Bagi Agilan, sebagai seorang yang melakukan aktiviti lasak dan kerja berar setiap hari, beliau terdedah dengan kesakitan otot terutama di bahagian tengkuk dan belakang badan.

“Pergerakan otot dan tulang dalam melakukan aktviti-aktiviti lasak akan membuatkan badan berasa lesu dan sakit.

“Setiap kali ke saya pergi ke rawatan kiropraktik, kripraktor saya iaitu Kiropraktor Hayden Pooke akan mengenal pasti bahagian belakang saya yang mana tidak berfungsi dengan betul dan sepatutnya. Seterusnya, dengan berhati-hati dan perlahan, beliau akan perbetulkan keadaan tersebut dengan memanipulasi sendi.

“Badan saya kemudiannya rasa seperti satu badan yang baharu. Tidak ada rasa kesakitan. Itulah juga kelebihan utama rawatan kiropraktik dimana ia dilakukan secara natural, bukannya menggunakan ubat tahan sakit dan sebagainya”.

KIROPRAKTOR BUKAN UNTUK ATLET SAHAJA

Menerusi pengalamannya menlalui kihdmat rawatan kiropraktor di TAGS, Agilan berpendapat kesedaran terhadap penjagaan tubuh badan perlu diperluaskan dikalangan orang ramai.

“Kita akan sentiasa bergerak dalam kehidupan seharian. Setiap hari kita mengangkat barang, berjalan, membongkok dan sebagainya. Amat penting untuk kita bergerak dengan betul agar tulang dan sendi sentiasa dipelihara.

“Orang ramai perlu sedar akan perkara ini. Mungkin selama ini mereka mempunyai postur badan yang salah namun melihat ia bukan masalah yang besar. Percayalah, jika ia melarat dan serius, anda akan menyesal tidak menjaganya dengan baik
Jika ada rasa kesakitan, dapatkan rawatan dari pakar. Jangan ingat kiropraktor hanya terhad untuk atlet sahaja. Orang tua, kanak-kanak dan orang kebanyakan juga ramai mengalami sakit belakang.

“Jaga badan anda dengan baik. The future is bright when you are moving right” tutur Agilan.