Penjaga gol Kelantan dan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali menegaskan beliau hanya fokus kepada bidang bolasepak sahaja buat masa ini berbanding bidang lakonan.

“Saya tidak berfikir untuk berlakon, hanya memenuhi komitmen sebagai duta produk bagi iklan komersil mereka,” kata Khairul Fahmi ketika ditanya wartawan mengenai pembabitan beliau dalam video pendek yang bertajuk Semua Boleh Bolt yang berjaya mencuri perhatian warga Malaysia.

Khairul Fahmi bersama-sama Mahali Jasuli, K.Reuben dan PUMA Friends yang baru, Baddrol Bakhtiar menghadiri majlis memperkenalkan koleksi evoSPEED dan Kempen Semua Boleh Bolt di Pejabat PUMA, Damansara Perdana, siang tadi.

Koleksi ini diinspirasi daripada lelaki paling laju di dunia, Usain Bolt dan direka berdasarkan kriteria light, flex dan fit, kesemua kasut evoSPEED menampilkan material yang ringan, menambah fleksibiliti dan yang membolehkan kebebasan pergerakan tanpa mengabaikan sokongan bagi membolehkan kelajuan dicapai.

Khairul Fahmi yang memakai kasut evoSPEED 1 FG pertama kali ketika menentang Singapura tempohari mengakui produk ini sangat ringan dan sesuai dipakai di mana-mana permukaan termasuk padang tiruan.

Keselesaan pula menjadi alasan pertama buat Baddrol Bakhtiar untuk memilih kasut ini dan seterusnya bersetuju untuk menjadi PUMA Friends.

Gaya evoSPEED turut diperagakan oleh atlit lumba lari, Usain Bolt, bolasepak (Sergio Aguero dan Mario Gomez), permotoran (Fernando Alonso) dan golf (Rickie Fowler).