Connect with:




Kejayaan menjinakkan nama besar sukan tempur campuran (MMA), Conor McGregor, nyata belum memuaskan juara Ultimate Fighting Championship (UFC) lightweight, Khabib Nurmagomedov apabila mengajak jaguh tinju dunia, Floyd Mayweather untuk beradu digelanggang.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman instagram milik promoter Mayweather, Leonard Ellerbe, Khabib secara terbuka mencabar juara tinju dunia itu.

“Ayuh Floyd, sekarang hanya kita berdua yang memegang rekod bersih, ini masanya kita beradu, 50-0 menentang 27-0 dan saya rasa anda tahu, di rimba hanya boleh ada satu raja.

“Dan jelas sekali saya adalah raja itu kerana kamu (Mayweather) pernah mencuba tapi gagal menumbangkan McGregor namun saya dengan mudah sekali menjinakkannya. Ayuh Floyd,” kata Khabib.

Mayweather pernah berhadapan dengan McGregor tahun lalu dimana beliau gagal menumbangkan jaguh Ireland itu dan terpaksa mengharungi 10 pusingan sebelum meraih kemenangan menerusi teknikal knockout (TKO).

Namun begitu belum ada pengesahan samada cabaran The Eagle itu bagi pertarungan tinju atau di gelanggang UFC.

Buat waktu ini, Khabib dan McGregor masih menjalani pergantungan sementara oleh Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC), kerana pihak NAC masih melakukan siasatan berhubung kekecohan yang terjadi sejurus selepas pertarungan UFC di Las Vegas minggu lalu.

Buat masa ini, Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC) masih menggantung buat sementara waktu penglibatan Khabib dan McGregor bagi meneruskan siasatan berhubung kekecohan yang terjadi sejurus selepas pertarungan UFC di Las Vegas minggu lalu.

 

Foto : Facebook Khabib ‘The Eagle’ Nurmagomedov Fan Page

Sumber : The Guardian