Connect with:




Pertembungan dua bintang UFC, Khabib Nurmagomedov dan Connor McGregor semakin hampir dengan bahang perseteruan menjadi lebih hangat.

Terbaru, Khabib pada sesi latihan terbuka semalam sempat membuat para penyokong McGregor dari Ireland bengang selepas mempersoalkan sejarah bahasa Ireland.

“Saya ada soalan untuk Ireland. Apa masalah bahasa anda” merujuk kepada loghat Irish yang sedikit berbeza berbanding Inggeris.

“Dalam masa 3 hari, anda akan menyukai saya” kata Khabib dihadapan ramai penyokong yang menyaksikan latihan terbuka kedua-dua bintang tersebut.

Khabib akan mempertahankan tali pinggang lightweight dunia yang akan dicabar McGregor pada Sabtu ini di T-Mobile Arena, Las Vegas.