Connect with:




Kemelut hangat yang melanda berhubung ubi yang sedang meningkat naik, Akhyar Rashid dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masih belum mencapai persefahaman antara kedua belah pihak selepas KFA tetap ingin membawa isu perpindahan Akhyar ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah KFA bakal menanggung kos besar sekiranya berkeras ingin membawa isu ini ke CAS.

“Sekarang ini KFA boleh bawa kes itu ke FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) dan selepas itu baru ke CAS.

“Tapi KFA boleh juga bawa kes itu terus ke CAS, cuma (kosnya) agak tinggi melinatkan banyak perbelanjaan, mungkin boleh mencecah AS$25,000 (RM103,000) atau lebih.

“KFA perlu kumpul semua bukti yang mereka ada. Bagi prosedur dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), yang terakhir adalah (keputusan jawatankuasa) rayuan,” katanya.

Jelasnya lagi, Akhyar berkemungkinan besar tidak dapat turun padang selagi kes berkenaan belum selesai.

“Ada kes yang selesai dalam tempoh tiga bulan dan ada juga yang berpanjangan antara enam hingga 12 bulan. Mahkamah perlu dimaklumkan untuk menyelesaikan kes dengan pantas sekiranya ianya berkaitan dengan kes yang terdesak.

Dalam perkembangan lain, ekoran rayuan KFA ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mereka bertindak mewujudkan satu tabung khas kepada peminat setia Kedah bagi megumpulkan derma dan sumbangan dari segi kewangan untuk membiayai kes perpindahan Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Derma dan sumbangan secara sukarela boleh disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman menggunakan cek.

“Bagi mereka yang mahu menyalurkan sumbangan melalui dalam talian, mereka boleh melakukan transaksi ke akaun CIMB Bank milik Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman 8601650568.

“Sebarang pertanyaan lanjut serta urusan surat-menyurat boleh e-mel ke tabungcaskfa@hotmail.com,” kata KFA dalam satu kenyataan.

Foto: Official Kedah