Ketenangan Bantu S.Murthy Menjadi Juara PGM MNRB Penang Classic. FOTO : AREP KULAL / PGM TOUR

 

S.Murthy mengesahkan status juara  PGM MNRB Penang Classic selepas menewaskan pencabar terdekat Shaaban Husin menerusi permainan play-off yang bertempat di Penang Golf Resort.

Kedua-duanya terikat sebanyak 271 pukulan di lubang ke-17 namun ketenangan berjaya membantu Murthy untuk memenangi pusingan playoff sementara birdie Shaaban di pusingan tersebut hanya membawa beliau untuk berada di tempat kedua.

“Ianya satu kelebihan untuk  berada sebagai pendahulu saingan. Saya langsung tidak terfikir peluang untuk memenanginya selepas melihat Sivachandran bermain dengan begitu baik sejak 3 hari lepas” ujar Murthy selepas menjuarai kejuaraan ini.

Shaaban Hussin terpaksa berpuashati di tangga kedua.   FOTO : AREP KULAL / PGM TOUR

 

“Isteri saya membantu saya di pusingan playoff dengan meminta saya bertenang. Ianya benar-benar membantu saya” tambah Murthy lagi yang memenangi gelaran domestik teakhir di PGM Lanjut Classic, Oktober tahun lepas.

Tempat ketiga dimenangi Rashid Ismail  diikuti S.Sivachandran yang pada mulanya memulakan saingan sebagai pendahulu selepas mempunyai kelebihan 4 pukulan. Kamarul Bahrin di tempat kelima dengan jumlah 275 pukulan.

Kejohanan PGM Tour selepas ini akan bergerak ke Sarawak  untuk PGM Sarawak Classic pada 5-8 Oktober ini bersempena dengan Asian Development Tour (ADT).

Keputusan Akhir:
271 – S. Murthy (67-68-70-66), Shaaban Hussin (Murthy menang pada lubang terakhir playoff)
272 – Md Rashid Ismail (68-70-68-66)
273 – S. Sivachandhran (66-67-68-72)
275 – Kemarol Baharin (67-69-68-71)
277 – R. Nachimuthu (68-71-69-69), Zurie Harun (66-72-69-70)
278 – Nicholas Fung (68-75-69-66), Shaifubari Muda (71-69-69-69)
279 – Mohd Rizal Amin (72-73-66-68), Mohd Sukree Othman (69-72-68-70)