Connect with:




Kejohanan Maybank adalah kejohanan golf terbesar di Asia Tenggara dan antara acara sukan utama Malaysia yang terunggul – tetapi ia lebih daripada sekadar suatu acara golf.

Bagi beribu-ribu peminat yang keluar setiap musim bagi menyaksikan golf berkualiti tinggi terdapat juga satu senarai panjang aktiviti yang disediakan untuk dinikmati oleh seluruh keluarga sempena Kejohanan ini.

Sebagai permulaan, setiap hari akan menawarkan kelas yoga, persembahan tarian Maybank KataKathaASEAN, kelas memasak MasterClasses oleh pemenang MasterChef Australia Diana Chan dan Sashi Cheliah. Para tetamu dan pengunjung kejohanan itu juga akan berpeluang untuk terlibat dalam sesi Meet & Greet dengan legenda bola sepak Manchester United dan Barcelona iaitu Nemanja Vidic dan Luis Garcia dan untuk fesyen, peluang untuk menyaksikan pertunjukan fesyen Maybank Women Eco-Weavers.

Penggemar makanan juga boleh menikmati sajian kulinari yang menarik dari sebuah armada trak makanan di kejohanan itu – dan kemudian membakar kalori melalui kursus halangan Tiger Challenge yang menyeronokkan di The Village.

Memandangkan bahawa Yoga kini semakin diterima di kalangan rakyat Malaysia sebagai satu alternatif kepada latihan yang kadangkalanya dianggap sebagai terlalu intensif dan berulang-ulang, siri sesi yoga ‘multi-level’ yang dijalankan oleh jurulatih bertauliah Atilia Haron & Shireen Salleh akan menjadi satu perubahan yang dialu-alukan. Sesi yoga ini akan berlangsung dari 8:30 pagi hingga 9:30 pagi di The Village.

Persembahan tarian Maybank KataKatha ASEAN akan diadakan pada pelbagai masa di The Village dan juga mengunjungi khemah lain semasa kejohanan.

Persembahan ini sememangnya menceriakan untuk seisi keluarga memandangkan para seniman menggambarkan rentetan luas gaya hidup budaya dan kreatif di Asia Tenggara.

Sesi memasak MasterClasses oleh MasterChef Diana dan Sashi pasti akan mendapat perhatian kebanyakan peminat.

Chef yang tersohor ini akan menunjukkan kemahiran mereka sambil mereka menyediakan hidangan lazat dan berkongsi pengalaman mereka dengan orang ramai. Mereka pastinya menjadi tarikan dari 21 hingga 23 Mac pada jam 3.00 petang dan 10.00 pagi pada 24 Mac dan akan ditemui di The Village.

Sesi Bertemu & Beramah Mesra Eksklusif dengan legenda Manchester United, Nemanja Vidic dan rakannya dari pasukan Barcelona, Luis Garcia juga dijangka mendapat sambutan hebat. Bintang-bintang bola sepak ini mempunyai sejarah dan persaingan yang hebat di antara mereka, dan para peminat akan mendapat peluang untuk pengalaman dekat dengan mereka secara eksklusif pada 21 Mac pukul pada jam 10.30 pagi hingga 11:00 pagi di The Village.

Acara fesyen Eco-Weavers Wanita Maybank adalah satu lagi perkara dalam agenda yang dijangka akan menjadi tumpuan ramai. Lanjutan daripada program “Maybank Women Eco-Weavers” yang sedang dijalankan di Kemboja, Indonesia dan Laos, pameran fesyen ini memaparkan beberapa reka bentuk gaya hidup dan fabrik terkini dari wilayah itu. Fashionista, pastikan anda menandakan kalendar anda untuk 22 hingga 23 Mac dari jam 3.00 petang hingga 3.30 petang.

Trak makanan juga akan menarik minat orang ramai kerana secara amnya kerana warga Malaysia amat menggemari makanan! Mereka akan terletak berdekatan The Hill dan The Garden akan menyajikan hidangan tempatan Asia dan Barat yang lazat.

Laluan berhalangan TigerChallenge adalah untuk mereka yang bersedia menguji kekuatan mereka melalui satu laluan yang mencabar – mengasah kemahiran dan daya ketahanan seseorang sambil bukan sahaja melawan waktu, tetapi juga diri sendiri. Pengajar terlatih serta berpengalaman akan bersedia untuk memberi bantuan kepada mereka yang mungkin ingin mencuba laluan ini untuk kali pertama. Laluan ini akan bertempat di sekitar The Village.

Sudah tentu, terdapat banyak aktiviti lain yang disediakan untuk peminat di Kejohanan tahun ini, bukan hanya golf, jadi marilah menyertai acara yang bakal menjadi minggu kejohanan yang tidak dapat dilupakan!

Bagi mereka yang merancang untuk mengunjungi Kejuaraan Maybank, akan ada perkhidmatan ulang-alik setiap hari sepanjang empat hari di sekitar kawasan Saujana. Harga tiket untuk acara itu bermula daripada RM38 hingga RM88. Khas untuk pelanggan Maybank, anda layak menerima dua tiket percuma apabila anda mempamerkan kad kredit, kad debit, atau kad caj Maybank; dan juga satu pas percuma apabila anda menunjukkan aplikasi Maybank, Maybank QRPay, atau MAE di kaunter pendaftaran.

Kejohanan Maybank adalah pertaruhan bernilai AS$ 3 juta di Saujana Golf & Country Club di Shah Alam, Selangor dari 21 hingga 24 Mac. Kejohanan ini diiktiraf oleh kedua-dua Jelajah Eropah dan Asia dan akan menampilkan barisan pemain-pemain terkemuka di dunia.