Connect with:




Persatuan Bola Sepak (FA) England telah memohon maaf atas satu kenyataan ‘memerli’ dari Twitter rasmi Piala FA kepada penyerang Tottenham, Harry Kane selepas kekalahan 2-1 dengan Manchester United, Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Jurucakap FA berkata bahawa mereka telah menulis surat permohonan maaf kepada kedua-dua kelab atas kesalahan yang dilakukan.

Dari sisi Tottenham pula, mereka tidak membuat sebarang komen berhubung isu tersebut.

Akaun rasmi Twitter Piala FA menyiarkan GIF pemain pertahanan Manchester United, Chris Smalling memberi jawapan kepada soalan “Harry Kane” tentang apa yang ada di dalam poketnya.

Walau bagaimanapun, difahamkan kelab Tottenham itu menunjukkan perasaan tidak suka dengan kenyataan yang dikeluarkan dari akaun rasmi itu.

Kane telah menjaringkan 37 gol dalam 44 perlawanan buat pasukan Spurs pada musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu bergelut untuk memberikan aksi terbaik dalam pertembungan menentang United di Wembley tetapi dinafikan kembali terlalu awal dari kecederaan buku lali baru-baru ini.

Kenyataan yang dibuat oleh akaun rasmi Wembley Stadium mengenai siapa yang menjaringkan gol dengan baik pada pelawanan separuh masa pertama.

“Itu pendapat orang,” kata pemain antarabangsa England itu.

“Orang akan sentiasa mencari sesuatu untuk dikatakan jika anda tidak memberikan yang terbaik.

“Pada penghujungnya, saya masih menjaringkan dua gol dalam empat perlawanan terakhir sebelum ini. Ia bukan yang paling buruk di dunia.

“Tetapi apabila anda menetapkan sesuatu piawaian, orang akan mencari sesuatu untuk berkata apabila anda tidak mencapai piawaian. Sama sepeti saya, saya mahu menjadi yang terbaik dan mahu melakukannya dengna lebih baik.

“Saya berada dalam keadaan baik sahaja. Namun, ini adalah minggu yang sukar buat pasukan saya”

Sementara itu, menurut satu kenyataan Wartawan Times, Henry Winter memberitahu pengerusi Persatuan Pemain Bola Sepak Professional (PFA), Ben Purkiss berkata pada majlis penganugerahan PFA bahawa “Harry Kane begitu produktif sehingga mampu mencetak gol tanpa menyentuh bola” dengan nada sinis.

 

Justeru, Mohamed Salah yang dinobatkan sebagai ‘Player Of The Year’ oleh PFA telah diberikan ‘amaran’ oleh rakan sepasukannya untuk menjaga anugerahnya itu sebelum ada orang lain tuntut piala tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan sepasukan Mo Salah, Simon Mignolet setelah Salah memenangi anugerah PFA pada Ahad lepas.

Foto Kredit: FB Harry Kane