Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengenakan denda sebanyak $40,120 dolar (RM159,509) ke atas kelab Turki, Besiktas selepas kelibat seekor kucing berjaya memasuki kawasan padang semasa perlawanan peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara, Mac lalu.

Dalam pada itu, pengadil England, Michael Oliver terpaksa menghentikan perlawanan pada babak kedua menentang Bayern Munich di Vodafone Park menyebabkan badan induk tersebut mendakwa Besiktas atas kesalahan “organisasi tidak cekap”.

Selain itu, UEFA turut mengenakan hukuman penalti susulan tindakan penyokongnya membaling objek selain tangga di kawasan stadium Vodafone Park yang bertempat di Istanbul.

Perkara berkenaanjuga turut menjadi viral di media sosial apabila laman Twitter rasmi Bayern membuat undian mengenai ‘man of the match’ bagi perlawanan tersebut yang dimenangi oleh kucing dengan 81% undian.

Sementara itu, Bayern menang perlawanan itu 3-1 dan mara ke peringkat suku akhir dengan kemenangan 8-1 secara agregat.

Foto Kredit: Firstpost