Connect with:




Hasnul Zulkarnain abdul Munaim menegaskan tidak akan mengubah pendiriannya untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa).

Memetik akhbar Sinar Harian, dia yang mahu fokus dalam bidang politik tidak akan berpatah balik meskipun ramai pihak yang memberikan sokongan untuknya mempertahankan jawatan berkenaan.

Bukan itu sahaja, mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Pafa juga menolak peletakan jawatan itu, tetapi Hasnul tetap dengan pendirian asal.

“Tiada istilah patah balik dan saya tetap dengan keputusan saya.

“Anda nampak isu ini sudah reda, jika saya kembali, isu-isu sama juga yang akan dibangkitkan menyebabkan fokus jawatankuasa akan tergganggu,” katanya.

“Keputusan yang saya buat adalah demi kepentingan Pafa supaya sukan bola sepak dapat diurus dengan baik.”

Sementara itu, dia turut menegaskan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Eksekutif Pafa menerusi mesyuarat khas, 13 November lalu yang menolak peletakan jawatannya, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Foto: BERNAMA