Jika tidak ada kesedaran yang timbul dalam diri seseorang itu, maka isu doping yang melanda negara tidak akan selsesai hingga akhirnya.

Ujar bekas atlet lompat jauh negara, Roslinda Samsu, kerana terlalu taksub untuk mengekalkan prestasi permainan, atlet sanggup untuk mengambil produk suplemen yang terlarang dalam setiap kejohanan.

Malah ada yang mengambil suplemen tanpa merujuk pakar perubatan di Institut Sukan Negara (ISN), jadi pilihan itu bergantung pada sesorang atlet itu sama ada mahu mengambil atau tidak.

Katanya lagi, dia mengharapkan isu atlet gagal ujian doping tidak lagi belaku untuk memastikan barisan atlet terbaik dapat dihantar menjelang sukan Komanwel Gold Coast, Australia tahun depan.

Jelasnya lagi, jika atlet sayang akan kerjaya mereka, mereka sepatutnya tidak mengambil barang terlarang dalam sukan ini, malah ramai atlet yang berjaya di kejohanan besar tanpa menggunakan baha sokongan untuk mereka.