Connect with:




Pada 15 Julai ini, peminat tinju seluruh dunia akan menumpukan perhatian ke aksi pertarungan dua bintang antarabangsa, Manny Pacqiao menentang Lucas Mathysse.

Kedua-dua mereka kini dalam fasa terakhir sebelum membuat perhitungan menentukan siapa pemilik tali pinggang welterweight WBA.

Bagi Theena Tayalan, ia merupakan pentas terbesar untuk dirinya yang akan beraksi dalam pertarungan sokongan kepada acara tersebut.

Theena merupakan petinju profesional Malaysia yang semakin meningkat naik selain Farkhan Haron. Anak kelahiran Semenyih ini akan beraksi menentang petinju berpengalaman India, Siddharth Varma dalam aksi welterweight 6 pusingan.

Bagi Theena, dia yakin 200% mampu menewaskan lawannya itu menerusi tumbukan KO.

“Saya sudah melakukan persiapan rapi bagi pertarungan ini apatah lagi ia aksi terbesar pertama saya dalam karier tinju” katanya yang berlatih di bawah Vladimir Boxing Gym.

Theena kini dilatih jrulatih dari Uzbekistan, Iligar Aliyev dan Lixer Paingco dari Filipina.

Menurutnya, Aliyev membawa corak tinju Uzbek yang ternyata memberi kelebihan buat dirinya di atas gelanggang. Theena sendiri pernah bertapa dalam tempoh yang lama di Uzbekistan.

“Mereka ada sistem. Teknik yang lebih bagus. Petinju dari sini kebanyakannya bertinju dengan strategi, bukan sekadar kudrat semata-mata.

“Di Uzbekistan, dalam satu kampung atau kawasan, anda boleh dapat 200 hingga 300 orang petinju. Itu jumlah yang sama untuk satu negeri di Malaysia. Sebab itu tahap kita masih jauh.”

Anda boleh baca artikel penuh mengenai Theena Tayalan menerusi e-majalah Dunia Sukan edisi 66 (Julai 2018) yang boleh dimuat turun secara percuma diĀ http://duniasukan.com/e-majalah/