Connect with:




Sesetengah orang mungkin mudah untuk menurunkan berat badan namun tidak dapat dinafikan, ramai yang berdepan kesukaran untuk melakukannya.

Ada juga yang berjaya turunkan berat, namun tak lama kemudian, naik semula. Naik mendadak pula tu.

Masalah seperti ini tidaklah asing. Ramai yang gagal untuk mendapatkan berat badan ideal dan akhirnya meneruskan gaya hidup tidak sihat seperti sebelum ini.

Bagi ayah kepada dua orang anak, Al Rumie, dia mempunyai cara tersendiri untuk menurunkan dan mengekalkan berat badan.

Pada 2013, berat Rumie mencapai 105 kilogram. Dia yang mempunyai latar belakang pelbagai penyakit membuat keputusan untuk mengubah gaya hidupnya termasuk berhenti merokok demi keluarga tercinta.

“Saya kehilangan anak ketiga saya, ibu dan pakcik dalam tempoh yang sangat dekat ketika itu. Kehidupan sangat singkat, jadi timbul kesedaran untuk berubah demi isteri dan anak-anak.

CLarian menjadi pilihan untuk dirinya menunaikan misi menurunkan berat badan. Dari 105 kg, Rumi telah kehilangan 30 kg dan kini beratnya sekitar 71 hingga 74 kilogram.

Bagi Rumie, kesilapan yang selalu dilakukan ramai pihak sebelum menurunkan berat badan ialah kekurangan asas pengetahuan.

“Pertama kali pada saya, seseorang itu perlu mengenali diri terlebih dahulu. Perlu tahu kondisi badan sendiri. Buatlah pemeriksaan untuk tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi.

“Dari situ kita dapat tahu, apa yang perlu kita buat. Paling penting berapa kalori defisit yang kita perlukan.

Tambah Rumie, selepas berjaya turunkan berat badan, seseorang itu juga perlu ada motivasi untuk mengekalkan berat badan ideal.

“Nak kekalkan berat, senang sahaja – kena terus ada motivasi. Bagi yang aktif dengan larian, daftar sahaja acara-acara larian.

“Macam saya, selalunya saya akan daftar larian dimana sebelum itu, saya akan berlatih, mungkin dalam 5 hari seminggu. Kena ada sasaran. 

Bagi mereka yang menggemari aktiviti larian, Rumie

juga menjelaskan betapa pentingnya pemilihan kasut untuk melakukan aktiviti tersebut terutamanya kasut latihan.

Jelasnya lagi, kasut larian mempunyai banyak jenis untuk larian tertentu. 

“Kasut untuk perlumbaan tidak sama dengan kasut latihan. Kasut latihan ini kita guna lebih kerap, jadi sebab itu kita perlu cari kasut yang betul-betul sesuai dan selesa.

Selepas sebulan menggunakan Nike Pegasus 37, Rumi menyatakan itulah kasut latihan terbaik buat dirinya setakat ini.

“Saya dah gunakan kasut ini untuk pelbagai jenis larian – short run, hill, long run, treadmill – Pegasus 37 memang kasut yang lengkap untuk semua aktiviti latihan ini.

“Nike sememangnya telah menjalankan kajian dan Inovasi terbaik bagi membangunkan kasut ini.  Mereka telah mendengar pendapat Eliud Kipchoge dalam menjayakan misi memecahkan catatan 2 jam di Monza. Dari situ pelbagai pembaharuan telah dilakukan.

Model sebelum ini mungkin sedikit keras, tetapi Pegasus 37 lebih lembut selepas menggunakan teknologi React Foam. Kasut ini juga sangat ringan, hanya seberat 300 gram sahaja.

“Seperkara yang membuatkan Rumie tertarik dengan kasut ini adalah penggunaan teknologi yang hampir sama dengan kasut perlumbaan – yang sememangnya mempunyai harga lebih mahal seperti Zoom FLy 3.

“Pegasus 37 menggunakan teknologi Zoom Air yang kebiasaannya hanya ada pada kasut perlumbaan. Memang satu bonus untuk pemakainya” tambahnya lagi.

Rumie yang merupakan seorang jurutera sememangnya arif dalam terma teknologi termasuk yang digunakan dalam industri pembuatan kasut larian.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai penerangan kasut atau perjalanan misi menurunkan berat badannya, beliau sering berkongsi di platform media sosial. Boleh jenguk akaun @al_rumie di Instagram atau di YouTube https://www.youtube.com/channel/UCgjBHvFwp92AO7fkdYtgXtw