Susulan perletakan jawatan Ulisses Morais kerana masalah kesihatan keluarganya, juara Liga Super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan perlantikan Raul Longhi sebagai  ‘caretaker coach’ (jurulatih sementara).

Pengalaman selama 3 tahun bersama kelab JDT dan arif mengenai selok belok bolasepak JDT antara penyumbang faktor beliau dilantik sebagai jurulatih sementara JDT. Siapakah di sebalik Raul Longi ini? Mari kita kenali siapa beliau:-

 

  • Beliau merupakan pemain Argentina yang sudah bersara bermain di posisi sayap kanan.

 

  • Debut pertama beliau sewaktu berusia 18 tahun semasa perlawanan divisyen satu Liga Argentina.

 

  • Selepas bersara pada tahun 1985, beliau telah dilantik sebagai pengurus Kelab di Sepanyol iaitu Hospitalet.

 

  • Beliau juga telah berkhidmat dalam bidang pengurusan dalam beberapa Kelab di Sepanyol sehingga tahun 2014.

 

  • Pada tahun 2015, beliau berhijrah ke Malaysia dan dilantik sebagai penolong jurulatih di sebebuah kelab termuka Malaysia, JDT.

 

Semoga Raul berjaya membawa pasukan JDT ke kedudukan yang lebih baik. Manalah tahu dapat kontrak tetap untuk musim-musim depan.

Foto Kredit: Official Johor