Connect with:




Bagi mereka yang suka menonton video bergenre ‘prank’, nama Vitaly Zdorovetskiy atau lebih dikenali sebagai Vitalyzd pastinya merupakan individu yang cukup dikenali.

Vitaly terkenal dengan prank-prank kasar seperti Russian Hitman, Cannival Attack dan Lamborhini Girls yang telah mencatat jutaan tontonan di laman youtube.

Pada tahun 2014, Vitaly telah menceroboh ke dalam padang ketika aksi final Piala Dunia di Brazil.Dua tahun kemudian, dia melakukan perkara yang sama pada perlawanan keempat NBA Finals melibatkan Cleveland Cavaliers dengan Golden State Warrior.

Vitaly meneruskan perkara yang sama pada tahun 2017. Kali ini dalam acara Major League Baseball World Series di Texas.

Ekoran kejadian-kejadian sedemikian, Vitaly telah diharamkan masuk ke venue-venue acara sukan antarabangsa di seluruh dunia.

Bagaimanapun, pada acara final Liga Juara-Juara Eropah di Wanda Metropolitan, Madrid, Vitaly masih mampu untuk memasuki ke dalam stadium tersebut.

Menerusi instastory yang dikongsikannya, Vitaly telah membuat sedikit solekan termasuk menampal janggut palsu untuk membuatnya kelihatan lebih tua. Selain itu, dia menerima pas akses penuh dari rakannya yang bertugas sebagai salah seorang pegawai keselamatan acara tersebut.

Vitaly bagaimanapun tidak masuk ke padang seperti yang dilakukannya pada acara-acara besar sebelum ini. Sebaliknya, teman wanitanya, Kinsey Wolanski telah menceroboh padang pada babak pertama perlawanan.

Wolanski memakai singlet yang membawa logo “Vitaly Uncensored” iaitu laman web yang digunakan oleh Vitaly untuk memuatnaik video-video terbarunya.