Penjaring terbanyak setakat ini buat pasukan Kedah, Ken Ilso mendedahkan dilaman Instagramnya bahawa beliau akan meninggalkan Lang Merah setelah tamat musim ini.

Menurut akaun Instagram beliau (@kenilso), beliau sudah membuat keputusan  akan mengucapkan selamat tinggal buat pasukan setelah tamat musim ini dan tidak akan menyambung kontrak lagi.

Bagaimanapun Ken Ilso tidak mendedahkan kemana beliau akan pergi selepas ini tetapi menyatakankan bahawa akan mencuba cabaran baru musim hadapan.

Untuk rekod, Ken Ilso menjaringkan 24 gol setakat ini dan terlibat dengan 8 bantuan gol.

Ken Ilso menyertai Hijau Kuning pada awal musim ini setelah berhijrah dari kelab Singapura iaitu Home United.

 

Foto kredit : Asiana.MY, Instagram Ken Ilso