Minuman Sedia Diminum Nombor 1 Malaysia, 100PLUS secara rasminya menjadi rakan kongsi Majlis Sukan Negara dalam menghimpunkan sokongan rakyat Malaysia terhadap atlet utama negara untuk Sejiwa Kecapi Kejayaan sebagai satu negara – 1Malaysia 1Matlamat, bermatlamatkan kejohanan sukan dunia paling dinanti-nantikan pada bulan Julai 2012 ini.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, YBhg Dato’ Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, En Khalid Alvi, Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dan atlet-atlet utama negara seperti pemain badminton nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei serta Chan Pen Soon dan Goh Liu Ying (beregu campuran badminton).

“Hanya ada 1 tujuan iaitu membawa balik pingat emas pertama Malaysia. Kita perlu bersatu untuk membina dan bersama-sama mengumpul semangat setiap rakyat Malaysia untuk menggalakkan pasukan Malaysia mencapai semangat 100PLUS Atasi Segalanya dan menjadikan matlamat ini satu kejayaan,” kata Khalid Alvi.

Kempen Sejiwa Kecapi Kejayaan 100PLUS bermula 1 April dengan promosi pek edisi terhad mempamerkan wajah atlit utama negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang dan Pandelela Renong.

Pengguna juga boleh melayari facebook 100PLUS Malaysia untuk menyertai kempen dengan meninggalkan mesej sorakan kepada atlet melalui Peraduan Facebook Road to London. Mereka akan menjadi sebahagian daripada animasi ‘Dunia 100PLUS’ dan bersatu dalam sokongan mereka.