Baitulmuqaddis : Sepanyol mara ke pusingan akhir apabila memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Israel dalam kempen kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Jaringan yang dihadiahkan Asier Illarramendi pada minit 76 membantu Sepanyol untuk menempah slot ke Piala Dunia Russia tahun depan.

Peluang yang terhidang tidak disia-siakan Illarramendi apabila dia bijak memanfaatkan bola muntah yang berjaya dikeluarkan oleh pihak lawan hasil daripada sepakan penjuru Sepanyol.

Jaringan pada perlawanan ini merupakan gol antarabangsa pertamanya dalam aksinya dalam skuad kebangsaan.

La Roja yang kini memenangi sembilan daripada 10 kemenangan terus bermotivasi untuk mendapatkan kedudukan terbaik pada undian Piala dunia Disember ini.

Percaturan yang dilakukan jurulatih,Julen Lopetegui dengan menukar sembilan perubahan dan hanya Sergio Busquets dan kapten,Sergio Ramos mengekalkan tempat mereka.

Kumpulan G menyaksikan Sepanyol mendahului tangga kumpulan manakala Itali di tempat kedua , Albania ketiga dan Israel tangga bawah kumpulan.

Foto Kredit: Twitter (illarra4)