Hanya tinggal sebulan sahaja lagi menjelang perlawanan hidup mati skuad hoki negara menentang Great Britain di London.
Perlawanan tersebut bakal menentukan nasib Malaysia Hockey Tigers sama ada layak ke Olimpik 2020 di Tokyo atau tidak.
Walaupun di atas kertas jelas menunjukkan Great Britain mempunyai rekod lebih baik berbanding Malaysia selain berkelebihan beraksi di temoat sendiri, ia bukan alasan untuk skuad negara yang dibimbing Roelant Oltmans menyerah kalah awal.
Persiapan rapi kini giat dilakukan. Bagi Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pula, mereka kini mahu meraih sokongan sebanyak mungkin dalam memberi semangat kepada para pemain negara.
Kempen global #MalaysiaTigersForTokyo telah dilancarkan bagi menyeru rakyat Malaysia yang berada di Eropah khususnya di United Kingdom agar turun beramai-ramai ke Lee Valley Hockey Stadium bagi memberikan sokongan kepada skuad negara.
#MalaysianTigersForTokyo – DEMI NEGARA PASTI LAYAK!
Minister of Youth and Sports, YB @SyedSaddiq also came on board our special campaign in support for the Malaysian Tigers ahead of their Tokyo 2020 Olympic Qualifiers against Great Britain this 2nd & 3rd November in London. pic.twitter.com/yBUZ90WDTo
— MHC (@hockeymalaysia) October 3, 2019
Bagi mereka yang berada di Malaysia pula, anda juga boleh menyalurkan sokongan menerusi video dengan memuatnaik hashtag #MalaysiaTigersForTokyo.
#MalaysianTigersForTokyo #HockeyUnites – DEMI NEGARA PASTI LAYAK!
Thank You Penang Free School for the support pic.twitter.com/6qP1nQq0fQ
— MHC (@hockeymalaysia) October 3, 2019
Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah pada tahun 2000 di Sydney. Tidak mustahil kemarau aksi di temasya terbesar sukan dunia ini akan berakhir selepas berakhirnya perlawanan pada 3 November nanti.
Demi Negara Pasti Layak!