Connect with:




Bagi golongan ibu bapa, menyediakan makanan sihat untuk anak-anak kecil memang memeningkan kepala.

Salah satu perkara yang merenyahkan dalam penghasilan makanan sihat untuk kanak-kanak ini adalah cara penyediaan.

Jenama barangan elektronik terkemuka dari Turki, Beko baru-baru ini telah berkongsi idea kepada ibubapa mengenai betapa pentingnya penjagaan makanan dan diet anak-anak mereka.

Beko Malaysia pada Sabtu lalu telah menganjurkan kempen Eat Like A Pro bersama-sama dengan bintang badminton negara, Chang Peng Soon serta pakar pemakanan, Goo Chui Hoong yang dihadiri hampir 100 orang pemain badminton cilik.

Bertempat di Kepong, program tersebut menyaksikan Chui Hoong berkongsi diet terbaik untuk pembesaran kanak-kanak sementara Peng Soon pula berkongsi pengalamannya dalam menyediakan makanan sihat bagi membolehkan tubuh badannya beraksi dengan baik.

Selain memberi peluang kepada pemain-pemain muda ini bermain badminton dengannya, Peng Soon turut melakukan demo penyediaan minuman sihat menggunakan alatan masakan dari Beko.

Wakil Beko Malaysia, Michelle Phang berkata program Eat Like A Pro ini sebenarnya adalah kempen global yang dijayakan Beko dalam membantu ibubapa di seluruh dunia menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak mereka.

“Beko telah bekerjasama dengan kelab terkemuka, FC Barcelona, Yayasan Barcelona dan UNICEF bagi membendung masalah obesiti dikalangan kanak-kanak.

“Menerusi penggunaan teknologi dan innovasi yang terdapat dalam barangan Beko, ia dapat membantu ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil makanan yang lebih sihat” katanya lagi.

Beko Malaysia merupakan pasukan Ampang Jaya Badminton Club dalam saingan Malaysia Purple League sebelum ini.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Eat Like A Pro, sila layari www.beko.my/eatlikeapro.