Kemenangan Team Liquid Dalam Dota 2 Merupakan Cabang Kerjaya Baharu Dalam E-Games

Permainan E-Games boleh menjadi cabang baru untuk peminat-peminat di luar sana bagi membina kerjaya pada masa akan datang.

Baru-baru ini The International Dota 2 Championship telah mengadakan pertandingan secara besar-besaran dan mengumpulkan pelbagai kumpulan yang aktif dalam permainan ini.

Hadiah wang tunai sebanyak RM46.43 juta bersamaan USD 10.8 juta telah dimenangi oleh Team Liquid dalam pertandingan Dota 2 sekaligus menjadikan mereka juara The International Dota 2 Championship 2017.

Tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan Newbee dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM 16.7 juta (USD 3.9 juta) kumpulan ini merupakan juara tiga tahun lalu.

Liquid telah menewaskan Team Secret, Team Empire, Virtus.pro, LGD Gaming dan LG.Forever Young ketika berada di Grand Final.

Sebanyak 18 pasukan telah membawa pulang wang kemenangan masing-masing, tetapi hanya Team Liquid sahaja layak membawa pulang trofi kemenangan The Aegis, piala kemenangan The International 7.

Beratus ribu peminat telah menyaksikan pertandingan ini secara langsung dan kemenangan Team Liquid disambut dengan letupan bunga api di dalam stadium.

Foto kredit: compete.kotaku.com