Lewis Hamilton berjaya meraih kejuaraan keempat buatnya dengan mengakhirkan perlumbaan dengan cara yang tidak dijangka dan dramatik, ekoran daripada perlanggaran dengan pesaingnya, Sebastian Vettel di pusingan pertama, dia juga berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dalam Grand Prix Mexico.

Bangkit selepas tayar jentera yang dipandu pancit serta memaksanya untuk memasuki pit dipusingan pembukaan, juara empat kali itu yang perlu menamatkan perlumbaan sekurangnya di kelompok lima keatas sekiranya Vettel memenangi perlumbaan.

Sementara itu, Vettel juga terpaksa melakukan hentian pit untuk menukar sayap depan jenteranya selepas perlanggaran dengan Hamilton serta terpaksa berpuas hati dengan menamatkan perlumbaan di tempat keempat menukar.

Menurut Hamilton, dia tidak menyangka perlanggaran yang berlaku keatas dirinya pada selekoh tiga, dia juga menambah bahawa semangat tidak putus asa membuatkan dia berjaya meraih kejayaan keempat dalam kejohanan Formula Satu musim ini.

Dalam perlumbaan di Grand Prix Mexico, Verstappen memenangi perlumbaan disusuli rakan sepasukan Hamilton Valtteri Bottas dan Kimi Raikkonen dari Ferrari.

 

Foto Kredit: Twitter (Formula 1 Official Page)