Dua tahun tanpa menyertai pertandingan sukan golf bagi memenuhi tuntutan mandatori dalam angkatan tentera Korea Selatan.

Pemain Korea Selatan, Bae Sang Moon,31, kini kembali ke Jelajah PGA selepas dua tahun menjalani khidmat tentera, ketika musim baru bermula di California utara.

Kurang 100 jam selepas musim lalu ditutup dengan aksi Piala Presiden di New Jersey, kempen 2017-18 bermula dengan Terbuka Safeway di Silverado Resort di Napa, utara San Francisco.

Ia kejohanan pertama daripada 49 kejohanan rasmi dalam kalendar.

Pemenang dua kejohanan dalam Jelajah PGA itu menghabiskan masanya sebagai askar bersenapang dalam tentera, memenuhi keperluan semua lelaki Korea berusia 18 hingga 35 tahun untuk menjalani khidmat tentera.

Sang Moon turut tidak beraksi dalam Jelajah PGA sejak Piala Presiden 2015 di negara kelahirannya, Korea Selatan.

Dia kembali bertanding tiga minggu lalu di negara asalnya pada Terbuka Donghae, kejohanan diiktiraf bersama Jelajah Asia dan PGA Korea, yang mana persembahannya berkarat dan gagal melepasi had kelayakan.

Bagaimanapun masih boleh bertanding dalam Jelajah PGA dengan mendapat kad jelajah bagi minimum dua tahun berikutan kemenangannya di Silverado pada 2014.

Jelajah itu memberi pengecualian kepada Sang Moon yang menangguhkan tempoh dua musim pengecualian sebagai pemenang hingga dia kembali daripada khidmat tentera.

Foto Kredit: Roogle