Skuad Bawah 16 tahun negara yang dilatih P.Maniam akan terbang ke Laos selepas diundi bersama negara tersebut dalam kumpulan J zon timur.
Melengkapkan kumpulan J adalah Jepun dan Kemboja. Pusingan kelayakan ini akan berlangsung dari 18 hingga 22 September.
#AFCU16 2020 Qualifiers draw results. Who do you think will be in the Finals? pic.twitter.com/0gB72GeVKG
— AFC (@theafcdotcom) May 9, 2019
Juara setiap kumpulan beserta empat pasukan terbaik dikalangan naib juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir yang masih belum ditentukan hos penganjurnya.
Sekiranya negara penganjur menjadi salah satu pasukan yang sudah pun layak berdasarkan kriteria ke atas, pasukan kelima terbaik dikalangan naib juara kumpulan akan mengisi slot tersebut.
Sementara itu, skuad bawah 19 tahun negara pula menyaksikan Bojan Hodak dan anak-anak buahnya menghuni kumpulan G zon timur.
#AFCU19 2020 Qualifiers draw results. Who are you supporting? Tell us! pic.twitter.com/bY1re2QwY4
— AFC (@theafcdotcom) May 9, 2019
Mereka akan berdepan tuan rumah, Cambodia serta Thailand, Brunei Darussalam dan Kepulauan Marina Utara dari 2 hingga 10 November ini.
Seperti Kejohanan Bawah 16, hanya juara kumpulan dam empat naib juara kumpulan terbaik dan empat naik juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir.