Kelantan memintas Selangor sebagai pendahulu Liga Super dengan kelebihan satu mata, selepas mengumpul 43 mata dalam 20 perlawanan apabila menumpaskan Felda United 3-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Kejayaan ini dibantu oleh kekalahan pendahulu sebelum ini, Selangor kepada T-Team di Kuala Terengganu.

Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-30 hasil tandukan Mohd Badhri Mohd Radzi. Gol kedua Kelantan terhasil pada minit ke-47 hasil gol sendiri oleh pemain Felda United, Rashid Mahmud.

Felda United merapatkan jurang gol apabila sepakan percuma Md Hasmarul Fadzir Hassan dari luar kotak penalti berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-84.

Selang lima minit kemudian, Kelantan memperoleh gol ketiga menerusi penalti yang disempurnakan oleh penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha.

 

Keputusan lain Liga Super 19 Mei 2011 :

Harimau Muda A (1) melawan Terengganu (2)

Pahang (0) melawan Kuala Lumpur (2)

Negeri Sembilan (2) melawan Johor FC (1)

Perak (1) melawan Sabah (1)

T-Team (2) melawan Selangor (1)