Connect with:




 

Bagi generasi baru mungkin anda kurang mengenali beberapa kelab yang pernah wujud sebelum ini dalam liga Malaysia. Namun bagi generasi ‘otai’ sudah pasti cukup mengenali beberapa kelab ini dan pasti anda ada kenangan dengan kelab tersebut.

Sebenarnya terdapat banyak kelab yang pernah wujud namun penulis akan senaraikan beberapa kelab terlebih dahulu yang terpaksa menarik diri kerana faktor kewangan

 

MPPJ

Manuel Arostegui. Foto Kredit : thestar.com.my


Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) nerupakan kelab yang paling berjaya setakat ini dan sukar untuk mana-mana kelab mengulangi kejayaan mereka. Malah mereka telah mencetuskan fenomena ketika itu dengan kejayaan demi kejayaan.

MPPJ suatu ketika dahulu dikenali dengan ‘The Black Windows’ atau Chelsea Malaysia. Keupayaan dan kekuatan pasukan di dalam saingan liga Malaysia sememangnya sukar untuk digugat oleh mana-mana pasukan meskipun pasukan negeri.

Dibawah kendalian Dollah Salleh biarpun hanya seketika bersama MPPJ dari tahun 2003 hingga 2004, beliau membuktikan bahawa beliau antara jurulatih terbaik ketika itu. Dalam dua tahun, MPPJ berjaya menjuarai Liga Perdana dan Piala Sumbangsih pada tahun 2004.

Foto Kredit : fourthofficial.com

Malah mereka muncul satu-satunya kelab yang pernah menjuarai Piala Malaysia iaitu pada tahun 2003. Dalam perlawnanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika itu menemukan MPPJ dengan Sabah menyaksikan mereka menang 3-0.

Juan Manuel Arostegui antara nama yang paling diingati dalam sejarah kelab tersebut kerana berjaya melakukan hatrik dalam perlawanan akhir itu. 37 pernampilan bersama MPPJ, beliau berjaya menjaringkan 33 gol dalam kesemua kejohanan sepanjang bersama MPPJ. Jaringan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau pemain yang cukup penting kepada kelab.

Namun, MPPJ akhirnya terpaksa menarik diri dari terus bersaing dalam liga Malaysia atas sebab faktor kewangan sebelum bermulanya musim 2007.

Telekom Melaka F.C.

Mereka juga antara salah lagi kelab yang berjaya mencuri tumpuan dalam saingan liga Malaysia ketika itu. Biarpun mereka hanya berstatus kelab, namun mereka membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan pasukan elit yang lain.

Skuad Telekom Melaka ini pernah dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dan Ifran Bakti. Dibawah kendalian Irfan Bakti, Telekom Melaka telah mencipta kejayaan yang membanggakan bagi sebuah kelab ketika itu.

Antaranya mereka muncul naib juara liga super (2005/2006), Liga Perdana 2 (2002) dan muncul juara kumpulan A dan naib juara Liga Perdana 2004. Malah mereka juga berjaya mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia.

Antara pemain yang terkenal ketika itu adalah Hadi Jaafar, Rudie Ramli dan Farisham Ismail. Telekom Melaka F.C. terpaksa menarik diri sebelum bermulanya saingan musim 2007/2008 kerana mereka ingin memberi fokus kepada penajaan liga Malaysia ketika itu.

KL Plus

Foto Kredit : Foto Kredit : wanfakrul.blogsport.com

Kelab ini ditubuhkan oleh syarikat konsesi tol Malaysia dan telah bermain beberapa musim dalam liga Malaysia. Mungkin rekod mereka dari segi kejuaraan tidak begitu bagus namun mereka tetap mampu memberi saingan kepada pasukan lain.

Bermula dari Liga FAM pada 2006 dan dinaikan pangkat ke liga Perdana untuk tahun seterus. Pada musim 2007/2008, KL Plus berjaya muncul naib johan dan dinaikan ke liga utama bola sepak tanah air, Liga Super.

Setelah dua musim, KL PLUS akhirnya mengambil keputusan pada penghujung musim 2010 untuk menarik diri dari saingan Liga Super. Antara pemain yang pernah mewakili KL PLUS ketika itu adalah Norhafiz Zamani Misbah dan Nazrin Nawi.

USM

Foto Kredit : USM FC

Kelab Bola Sepak Staff Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila berjaya bermain dalam saingan kompetitif bola sepak. Namun beza mereka dengan UiTM FC adalah USM diwakili oleh sebahagian staff dan pemain profesional manakala UiTM FC pula diwakili oleh pelajar mereka sendiri dan campur dengan pemain profesional yang lain.

Skuad kendalian S. Veloo ini bermula dari liga FAM pada 2009. Tahun berikutnya, mereka dinaikkan ke Liga Perdana dan berjaya kekal selama 3 musim. Mereka juga berjaya memberi saingan kepada pasukan lain dan berjaya berada dalam 6 kedudukan terbaik liga.

Meskipun pasukan ini berstatus kelab dibawah universiti, USM hampir-hampir layak ke Piala Malaysia ketika itu. Antara pemain yang pernah mewakili mereka ketika itu adalah, Al Hafiz, S. Vinod, dan pasangan adik beradik, Failee Ghazli dan Faizat Ghazali.

Mereka juga seperti kelab sebelum ini, tepaksa menarik dari terus bersaing kerana menghadapi masalah kewangan.

 

Foto Kredit : fourthofficial.com