Connect with:




Kelab Sara Taekwondo Martial Art Negeri Kelantan terus mencipta nama di pentas antarabangsa selepas berjaya merangkul lima pingat emas, pada Kejohanan Taekwando Antarabangsa Tebuka ESTA Ke-8 berlangsung di Yogyakarta, Indonesia
Sabtu lalu.

Detik manis itu bermula apabila
pingat emas pertama berjaya diperolehi
menerusi Koh Chai Sher dalam kategori Light Middle Weight (12-14 Tahun Lelaki).

Manakala emas kedua disandang Wan Danial Iyad kategori Light Weight (12-14 Tahun Lelaki) sementara ketiga pula diperolehi menerusi Nik Ahmad Mukhlis Kasyfullah Nik Mohd Kifayatullah bagi ketegori Fin Weight (9-11 Tahun Lelaki).

Sementara itu dua pingat emas keempat dan kelima digondol oleh Iman Mirza Azman dalam kategori Light Weight (9-11 Tahun Perempuan) dan Aisya Nabila bagi kategori Bantam Weight (9-11 Tahun Perempuan).

Dalam pada itu dua peserta dari kelab berkenaan juga turut memperolehi dua pingat perak masing-masing dipungut melalui Alisya Liyana bagi kategori Fin Weight (9-11 Tahun Perempuan ) dan Mohammad Fadsha Danish kategori Ligh Weight (9-11 Tahun Lelaki).

Lebih membanggakan kelab itu juga
berjaya memperolehi empat gangsa daripada peserta Thevaanjali A/L Manimaran (Welter Weight 12-14 Tahun Perempuan), Kavinesh A/L Manimaran (Heavy Weight 18 Tahun Keatas), Puteri Raisya Aleesya Ahmad Ilam (Fin Weight
9-11 Tahun Perempuan), Trinertraa A/P Sivakumar (Bantam Weight
12-14 Tahun Perempuan).

Ketua Jurulatih Kelab Sara Taekwondo Martial Art, Manimaran A/L Sugomaran berkata, kejayaan itu sebagai pembakar semangat kesemua para peserta bawah kendaliannya untuk lebih maju dan berdaya saing ke peringkat lebih tinggi lagi

Katanya, beliau sering menghantar
peserta-peserta ke kejohanan besar sebagai platform atlet-atletnya untuk menerpa nama untuk mereka , kelab serta sekolah masing-masing dan mencari pengalaman.

“Pihak Kelab Sara Taekwando Martial Art akan terus berusaha mencungkil bakat-bakat baharu dan terus memperkasa sukan taekwando.

“Rahsia kejayaan kelab itu adalah berkat kerja keras selain dedikasi dan kerja berpasukan ditunjukkan oleh anak buah saya,” katanya.

Untuk rekod pada bulan Mei lalu Kelab Sara Taekwondo Martial Art telah mengharumkan nama negara selepas berjaya membawa pulang tiga emas, dua perak dan empat gangsa pada Kejohanan Taekwando Terbuka Wata International 2019 di Sakai City, Osaka ,Jepun.

Sementara itu pada pada Kejohanan Taekwandon Antarabangsa Song Ki Young Cup 2019 pada bulan lepas di Thailand kelab ini berjaya menggondol dua pingat emas, sembilan perak dan lapan gangsa.

Disediakan: Zulhanifa Sidek