Connect with:




Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona telah dilantik sebagai pengurus kelab Liga Divisyen dua Mexico, Dorados de Sinaloa.

Difahamkan, kelab yang berpangkalan di barat laut Mexico itu memulakan kempen dengan hambar dan kini berada di tangga ke-13 liga daripada 15 buah pasukan.

Akhbar Mexico melaporkan Maradona telah dilantik bagi menggantikan Francisco Gamez, yang dipecat sebagai jurulatih pada hari Khamis.

Kelab itu memuat naik video pendek di saluran media sosial mereka dengan mesej ‘Welcome Diego’, dan ‘Make it a 10’, iatu nombor jersi Maradona sebagai pemain.

Kelab terakhir yang dibimbing Maradona, kelab Al-Fujairah di Emiriah Arab Bersatu telah mengakhiri kontraknya pada April lalu.

Untuk rekod, Maradona bermain mewakili Argentinos Juniors, Boca Juniors, Barcelona serta Napoli dan dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

Dia mengetuai Argentina dalam Piala Dunia 1986 sebagai pemain sekaligus berjaya mengungguli juara kejohanan berprestij tersebut.

Sementara itu, Dorados ditubuhkan pada tahun 2003 dan pernah mengumpulkan pemain ternama seperti pengurus Manchester City, Pep Guardiola selama enam bulan pada 1996.

Foto Kredit: AP