Connect with:




Kelab Badminton Gemilang Association telah mengadakan kerjasama dengan Barcelona FC Malaysia untuk meningkatkan lagi sukan di Malaysia dan merancang akan adakan kerjasama dengan lebih banyak kelab yang berlainan sukan.

Presiden Kelab Gemilang merangkap ketua jurulatih, Roy Sathiya tujuan utama kerjasama ini adalah untuk mereka bertukar permainan dan mensasarkan lebih ramai orang sertai kelab ini.

“Barcelona kita tahu mereka adalah sukan bola sepak dan kami badminton. Mereka akan datang sokong dan bermain badminton dan begitu juga kami yang akan bermain permainan mereka,” kata Roy.

Kelab Gemilang yang baru setahun tertubuh telah ada ahli seramai 2300 orang dan setiap negeri sudah ada Kelab Gemilang.

“Kita sasarkan penyertaan lebih banyak dan terbuka kepada orang awam untuk menyertai kelab ini. Kita amalkan ajar sambil belajar untuk melahirkan bakat baru dalam sukan badminton satu hari nanti.

“3 hingga 5 tahun kita jangka akan ada bakat baru dalam sukan badminton di Malaysia kerana itu merupakan masa kematangan dalam sukan badminton,” ujarnya.

Kelab Gemilang kini sudah bekerjasama dengan hampir 36 buah kelab dan di Selangor, hampir ke semua kelab sudah mereka jalinkan kerjasama.

Bagi ketua Kelab Barcelona Malaysia, Muhammad Iqhsan Subri, mereka akan adakan kerjasama dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan Selangor pula selepas ini untuk meningkatkan lagi sukan bola sepak dan badminton.

“Bola sepak dan badminton merupakan sukan paling popular di Malaysia dan boleh di katakan sesiapa bermain bola akan bermain juga badminton. Jadi ini adalah satu kerjasama yang sangat baik untuk kedua-dua kelab,” kata Iqhsan.