Connect with:




Dari kanan, Presiden FC Barcelona Malaysia, Kugaanesvaran Nadarajoo, tiga dari kanan,  Naib Presiden Kelab Gemilang Badminton, Haji Saleh Arsad

Kelab Gemilang Badminton dan kelab FC Barcelona Malaysia terus mengorak langkah mengukuhkan lagi kerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kedua-dua kelab ini terus bergerak aktif.

Bagi Naib Presiden Kelab Gemilang Badminton, Haji Saleh Arsad berkata bahawa mereka sentiasa akan mengadakan aktiviti-akiviti kemasyaratan bagi mendekati penduduk setempat tanpa mengira latar belakang.

“Selepas PRU ke-14 ini, kita ada merancang untuk mengadakan satu program secara besar-besaran yang akan melibatkan kelab badminton dan kelab Barcelona serta masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu bagi Presiden FC Barcelona Malaysia, Kugaanesvaran Nadarajoo, mereka sentiasa akan memberi sokongan setiap program yang diadakan oleh kelab Gemilang.

“Kita juga seperti kelab Gemilang Badminton, akan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Baru-baru ini, kami ada membantu adik Haziq yang menghidap kanser. Biarpun bantuan ini tidak besar, tetapi sedikit sebanyak ia dapat memberi sokongan moral kepada beliau untuk hadapi dugaan ini,” kata Kugaanesvaran.

Tambahnya, Haziq merupakan penyokong Barcelona dan pernah bermain dengan akademik Barcelona sebelum ini.

Sebelum itu mereka ditemui ketika kedua-dua kelab mengadakan satu program Movie Extravaganza ‘Lee Chong Wei’ pada 15 April baru-baru ini di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Program ini salah satu cara mereka memberi sokongan kepada filem tempatan dan sokongan kepada atlet kebangsaan.

Foto Kredit : wakil kelab Gemilang Badminton