Kekecohan telah berlaku antara penyokong bola sepak Athletic Bilbao dan Spartak Moscow di Stadium San Mames sebelum perlawanan kedua Liga Eropah bermula semalam.

Ketegangan bermula apabila, penyokong Moscow yang bertandang ke tempat Bilbao telah berkumpul di jalanan berdekatan stadium untuk bersorak lagu bola sepak pasukan mereka.

Mereka juga melepaskan suar dan mengepung kawasan dengan asap merah sambil bertindak ganas di kawasan berkenaan.

Polis berdepan dengan penyokong yang melakukan keganasan- Foto: EPA

Susulan dari itu, ia telah menimbulkan reaksi kurang enak dari penduduk tempatan dan penyokong Bilbao apabila melihat kawasan mereka telah diambil alih oleh penyokong luar.

Walau bagaimanapun, anggata polis segera ke tempat ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan yang berlaku. Sekurang-kurangnya empat orang cedera, seorang anggota polis mati dan empat orang telah ditangkap setakat ini

Polis bertindak meleraikan ketegangan- Foto:EPA

Sementara itu, Athletico Bilbao telah memenangi perlawanan pertama 3-1 di Moscow, namun Sparta Moscow menang perlawanan timbal balik dengan 2-1 semalam.

Foto Kredit: EPA