Selepas memberi petunjuk dia bakal mengangkat kaki dari Old Trafford, Manchester United akan menawarkan kontrak baru kepada pengurus pasukan, Jose Mourinho sebelum tamat musim ini.

Bekas pengendali The Blues itu masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan selepas mengikat pejanjian selama tiga tahun dengan lanjutan kontrak sehingga 2020.

Perbincangan dijangka diadakan dalam tempoh terdekat selepas United menunjukkan permulaan baik pada musim ini apabila hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana (EPL), Manchester City.

“Tempoh hari, anak saya yang menetap di London pergi ke Paris dan bukannya ke Manchester untuk menonton perlawanan. Buat masa sekarang di Paris semuanya istimewa. Magis, kualiti, muda dan menakjubkan,” kata Mourinho.

“Saya masih menjadi jurulatih dengan kebimbangan, cita-cita dan kemahuan untuk mencuba perkara baharu. Saya pasti saya tidak akan menamatkan karier di sini. – AGENSI

 

Foto kredit: Goal.com