Connect with:




Selepas dua perlawanan, kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 nampaknya telah menghasilkan beberapa keputusan yang mengejutkan.

Setakat ini, hanya dua pasukan yang bermain dua perlawanan berjaya mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus iaitu Tajikistan dan Korea Utara.

Bagi juara Piala Asia, Qatar, mereka hanya mampu meraih 4 mata dari 2 perlawanan. Kemenangan besar 6-0 pada aksi pertama menentang Afghanistan gagal diteruskan selepas diikat tanpa jaringan dengan India di Doha.

Satu lagi pasukan pilihan, Emeriah Arab Bersatu (UAE) hampir sahaja dikejutkan Malaysia di Bukit Jalil sebelum kesilapan pemain pertahanan tuan rumah memberi kemenangan tipis 1-2 kepada anak-anak buah Bert Van Marwijk.

Selain Malaysia, pasukan-pasukan Asia Tenggara juga nampak semakin meningkat (kecuali Indonesia) seperti Thailand dan Singapura. Kedua-duanya mengutip 4 mata namun bagi Singapura, mengelakkan dari tewas kepada pasukan Timur Tengah berjaya memberi nafas baharu kepada pasukan yang dipimpin jurulatih dari Jepun, Tatsuma Yoshida.

Singapura berjaya mengikat Yemen 2-2 serta menumpaskan Palestin 2-1 di jalan Besar. Dua jaringan tersebut dijaringkan oleh pemain yang berpengkalan di Malaysia iaitu Shakir Hamzah (Kedah) dan Safuwan Baharudin (Pahang).

Keputusan-keputusan lain yang agak memeranjatkan ialah Palestin menang 1-0 ke atas Uzbekistan, Yemen seri 2-2 dengan Arab Saudi, Nepal mengalahkan Taiwan 2-1 serta Mongolia menewaskan Myanmar 1-0.

Kempen kelayakan zon Asia akan bersambung kembali pada bulan Oktober nanti.