Connect with:




Pemain dari Jepun, Naomi Osaka terus mempamerkan aksi cemerlang apabila kali ini mengejutkan Sarena Williams yang juga merupakan juara 23 kali grand slam pada pusingan pertama di Kejohanan Miami.

Pemain muda dari Jepun ini menewaskan Sarena 6-3, 6-2 sekali gus menjadikan Sarena mangsa terbaru beliau setelah beberapa pemain ternama lain menjadi mangsa kepada Naomi.

Naomi yang berada di ranking ke-22 dunia dan masih segar dengan kejuaraan Indian Well baru-baru ini ternyata menjadi semangat kepadanya untuk terus membuktikan bahawa beliau perlu diberi perhatian oleh pemain lain selepas ini.

Sarena William yang kembali menyertai pertandingan selepas melahirkan anak ternyata masih tercari-cari rentak permainannya apabila beberapa kejohanan sebelum ini sering terkandas awal.

Foto Kredit : L’unionsuite(dot)com