Connect with:




Bintang golf dari Amerika Syarikat, Tiger Woods mengesahkan kejuaraan ke-80 dalam kariernya apabila menjadi johan acara Tour Championship di East Coast Golf Course semalam.

Woods menewaskan pencabar terdekat Billy Horschel dengan mencatatkan ’71 one-over’ dibawah 11 dan kelebihan 2 pukulan.

Ini merupakan kejuaraan pertama beliau setelah ‘sepi’ selama 5 tahun sejak 2013 dari sebarang kejuaraan. Beliau sebelum ini terlibat dengan kontroversi diluar padang seperti gagal ujian DUI dadah dan juga menjalani pembedahan tulang saraf awal tahun lalu.

” Setelah pukulan terakhir itu, saya tidak dapat menyembunyikan rasa terharu saya lagi kerana tidak percaya mampu bangkit semula selepas apa yang terjadi dalam beberapa tahun lepas,” ujar pemain berusia 42 tahun itu.

Sumber: Sports Illustrated
Foto: The New Daily