Connect with:




Anda minat bermain PUBG? Inilah masanya untuk anda kembangkan bakat dalam permainan yang hanya menggunakan telefon bimbit ini!

Salah sebuat syarikat internet, Tencent mengumumkan buat julung kalinya PUBG bakal dijadikan sebuah kejohanan di Malaysia (PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2018  pada Januari depan.

Turut mendapat tajaan dari Yoodo dan juga Vivo, kejohanan ini menawarkan hadiah yang lumayan berjumlah RM 60,000.

Pasukan yang sudah mendaftar perlu melalui peringkat saringan terlebih dahulu yang diadakan di Johor, Sabah, Sarawak dan juga Kuala Lumpur. 4 pasukan terhebat daripada setiap peringkat saringan ini kemudiannya akan bertemu untuk perlawanan akhir di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019 , sekaligus merebut hadiah utama.

Berikut merupakan jadual peringkat saringan untuk PMNC ini:
Johor : 22 Disember 2018, Aeon Tebrau City, Johor
Sabah : 25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah
Sarawak : 06 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak
Kuala Lumpur : 12 Januari 2019, Sunway Velocity Level 3, Kuala Lumpur

Perlawanan Akhir : 26 Januari 2019, Vanity Atrium, Sunway Velocity, Kuala Lumpur (16 Pasukan)

Kepada sesiapa yang berminat, ayuh daftarkan pasukan anda di laman rasmi PUBG Mobile.