Connect with:




Kehangatan demam Piala Dunia 2018 sudah reda tetapi jangan lupa kita disajikan dengan Kejohanan E-sukan FIFA Piala Dunia yang bermula semalam (2 Ogos) bertempat di London.

Perlawanan yang mengambil masa tiga hari itu menyaksikan 32 pemain elit, ditapis terlebih dahulu dari pasukan global seramai 20 juta pemain yang akan bermula terlebih dahulu di seluruh dunia.

Disamping itu, pemenang berpeluang memenangi hadiah lumayan sebanyak  $ 250,000 (RM 1,020,625.00).

Pada peringkat kumpulan, hanya 16 pemain sahaja bermain FIFA 18 di Xbox One dan 16 yang lain pula bermain di PlayStation4.

Penonton hanya boleh menonton secara atas talian sahaja sehingga ia dibuka pada hari Sabtu di O2 Arena, London.

Sementara itu, aksi separuh akhir dan final bakal berlangsung Sabtu selepas peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati.