Petaling Jaya : Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Khairul Hafiz Jantan akan menjalani latihan di Manheim, Germany pada Februari ini bagi menghadapi Kejohanan Dalam Dewan Dunia di London, Mac depan.

Hafiz akan berlatih selama sebulan disana dan latihan ini mampu membantu meninkgkat prestai Hafiz menjelang kejohanan besar akan datang.

Hafiz,19 adalah pelari termuda yang pernah memenangi emas dalam acara 100m lelaki di Sukan SEA KL pada Ogos lalu dengan mencatat masa 10.38.

Sementara itu, Hafiz menerima imbuhan sebanyak RM 10,000 dari sponsornya iaitu 100PLUS semalam.

Pemberian imbuhan ini mampu menambahkan semangat buat atlet muda ini supaya terus cemerlang dalam kejohanan yang mendatang.

Ini merupakan kali kedua dia berkhidmat di Manheim, Germany.

Sebelum ini, Hafiz berlatih di sana selama dua minggu pada tahun lalu sebelum Kejohanan Junior Dunia di Bydgoszcz, Poland.

Latihan yang bakal Hafiz jalani bukan hanya untuk kejohanan dunia, malah untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun depan.

Khairul Hafiz Jantan merupakan duta 100PLUS.

Foto Kredit: Asiana.MY