“Untuk mencapai sesebuah kejayaan diperingkat tertinggi, ia memerlukan sebuah program akar umbi yang berterusan dan memerlukan pelaburan pada hari ini untuk kita mendapatkan hasil pada masa akan datang” Ujar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Khairy dan President Football Association of Malaysia, Tunku Mahkota Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merumuskan bahawa pendekatan yang diambil oleh FAM dan pihak Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) merupkan satu langkah tepat untuk masa depan bola sepak negara.

Khairy memberi contoh mengenai kejayaan bola sepak negara Vietnam yang telah mencapi kejayaan diperingkat tertinggi apabila mereka ini telah layak ke Piala Dunia B-20 tahun lepas. Kejayaan mereka adalah hasil pembangunan beberapa tahun yang lalu.

 

‘’Tiada siapa ramal bahawa Vietnam mampu ke peringkat akhir kejohana AFC B-23 dan menundukkan jaguh Asia seperti Iran, Qatar dan Australia. Kini mereka hanya dipisahkan dengan kejuaraan Asia.’’ Kata Khairy

Khairy berkata demikian ketika hadir menandantangan perjanjian penajaan BDB Land bersama pihak NFDP. Khairy juga mengharapkan akan lebih banyak pihak akan tampil menaja pembangunan bola sepak seperti mana dilakukan oleh BDB Land.

Hasil penajaan tidak diberitahu kerana pihak BDB Land meminta untuk dirahsiakan namun penajaan ini mampu membantu pusat latihan akademik NFDP di sekitar Kedah selama setahun.

Foto Kredit : Sumber.com